Lagi kepala babi diletakkan di hadapan pintu masjid!
Rutin harian jemaah Masjid Nurul Iman untuk menunaikan solat subuh terganggu selepas dikejutkan dengan penemuan kepala babi panggang, yang diletakkan betul-betul di hadapan tangga pintu utama masjid.
Menurut Siak Masjid, Nadzlan Ambak, dia yang tiba jam 5.15 pagi untuk membuat persiapan solat terkejut apabila kepala babi diletakkan elok di pintu masjid seperti barang perhiasan untuk tontonan tetamu.
Nadzlan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun disitu berkata, insiden ini adalah pertama kali berlaku di masjid itu.