Anwar Pro-Yahudi, Mahathir Pro-Yahudi, Najib Pro-Yahudi, AkhirnyaYahudi Yang Dapat Nama!
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.
“Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

“Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi,” dakwanya.
Tetapi bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mahathir pun apa kurangnya.

















