Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:26 0

KERAJAAN sedang berunding dengan pengeluar kereta luar negara untuk menarik minat mereka membuka kilang pemasangan dan pusat pengedaran kenderaan elektrik serta hibrid di negara ini sejajar dengan cita-cita kerajaan menjadikan Malaysia hab kenderaan berkenaan di rantau ini.


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perbincangan dengan pihak terbabit kini sudah memasuki beberapa peringkat dan pihaknya akan menunggu syarikat berkenaan membuat pengumuman.




“Sesetengah syarikat memang serius manakala selebihnya mahu memikirkan mengenai idea ini. Pembuat kereta ini dari banyak negara, tetapi saya tidak boleh beritahu perinciannya ketika ini,” katanya selepas melancarkan kereta konsep BMW Vision EfficientDynamics di Kuala Lumpur, semalam.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button