Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:14 0

Pengacara Aznil Nawawi terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk ke Sarawak kerana kaki kanannya terseliuh dalam
kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu.
sila lawati http://cerciterpanas.blogspot.com
Aznil yang ditugaskan untuk menjadi juri program realiti On Air terbitan Astro di sini berkata, sebelum berlepas dia singgah di sebuah bilik air terlebih dahulu.

Bagaimanapun secara tidak sengaja dia tersalah langkah membuatkan kakinya terseliuh sehingga sukar untuk bergerak.
sila lawati http://cerciterpanas.blogspot.com
"Saya benasib baik apabila pihak keselamatan lapangan terbang menyediakan kerusi roda untuk memudahkan saya bergerak ke pesawat," katanya kepada mStar Online ketika ditemui semasa uji bakat program On Air di Hotel Merdeka Palace di sini, Sabtu.

Kata Aznil, semasa dalam pesawat ramai peminatnya terkejut apabila melihat keadaanya itu.

Aznil memberitahu dia tidak sempat berjumpa doktor kerana terpaksa memberi tumpuan kepada uji bakat yang di adakan selama dua hari bermula Sabtu.
sila lawati http://cerciterpanas.blogspot.com
"Saya akan berjumpa doktor selepas habis uji bakat. Walaupun kaki saya berdenyut-denyut tetapi saya dapat laksanakan juga tanggungjawab saya ini," katanya.

Jelas Aznil, buat masa ini dia menggunakan ubat tahan sakit.

Sumber: mStar

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button