Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:58 0

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tetap bertegas bahawa Israel adalah sebuah negara haram dan wajib diperangi atas kezaliman yang dilakukan.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor berkata, DPPM tetap dengan pendiriannya itu yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel tanpa mengira pihak mana yang mendokongnya.

“Isu Palestin adalah isu umat Islam dan menjadi tanggungjawab setiap umat Islam memperjuangkan negara Palestin yang merdeka serta menafikan hak dan kewujudkan Israel.

“DPPM sependapat dengan semua umat Islam bahawa Israel adalah sebuah negara haram yang wajib diperangi atas kezaliman mereka,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mengulas isu berkaitan, Riduan berkata, DPPM meminta Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir tidak membuat kenyataan melulu sebelum membaca kenyataan sebenar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara tersebut.

Media baru-baru ini melaporkan Wall Street Journal (WSJ) pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Anwar dalam satu temu bual apabila ketua pembangkang itu didakwa berkata, “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Mahathir dipetik berkata, ketua pembangkang itu amat pandai berkata-kata khususnya selepas menerima pelbagai kecaman berhubung kenyataannya itu.

”Dia pandai, nampak warak dan saya pun terperangkap kerana saya ingat dia betul-betul warak dan sebab itu saya mengalu-alukan kemasukan dia dalam UMNO kerana saya ingat dia akan bawa nilai-nilai Islam,” kata Mahatir. – mynewshub.my

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button