Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

16:57 0
GEORGETOWN – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang menjual samsu sepanjang perayaan Thaipusam di Pulau Pinang minggu depan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan tiada penjualan samsu sepanjang tempoh perayaan kaum Hindu itu.
Katanya, kastam akan menempatkan anggotanya di laluan dan kawasan yang akan dilalui penganut Hindu untuk merayakan Thaipusam bagi memeriksa setiap gerai untuk menguatkuasakan larangan penjualan samsu.
“Polis memandang serius perkara itu dan memberi amaran akan menahan mereka yang menjual samsu.
“Dalam mesyuarat baru-baru ini, kastam juga memaklumkan sedia untuk menguatkuasakan larangan menjual samsu dan kita akan membantu pihak kastam bagi memastikan tiada peniaga menjualnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kong Meng berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa Persatuan Hindu Sangam Malaysia mahu penjualan samsu diharamkan sepanjang perayaan Thaipusam 7 Februari ini bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button