Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

22:22 0
http://cerciterpanas.blogspot.com
Memang melucukan apabila melihat telatah superhero dari komik Marvel meraikan sepasang pengantin dengan mempersembahkan silat pulut di satu majlis persandingan yang dipercayai berlangsung pada bulan lalu.

Itu adalah reaksi pertama yang penulis rasakan dan penulis percaya bahawa ramai yang menonton video 48 saat itu mungkin merasakan perasaan yang sama.

Malangnya, tidak pula disertakan butiran-butiran secara terperinci mengenai video itu seperti lokasi ‘spiderman’ itu bersilat, tarikh sebenar atau nama sebenar superhero itu.

Namun, satu komen dari penonton video itu menjelaskan bahawa ia pernah disiarkan di dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 baru-baru ini.

“da masuk dlm MHI video ni.. hahahahahahaha :D,” jelas penonton yang menggunakan nama samaran, terbangnova.

Dari sudut positifnya, kreativiti yang ditunjukkan oleh ‘spiderman’ itu memang lain dari yang lain, melucukan dan mampu menarik ramai pihak yang hadir ke majlis perkahwinan itu, khususnya kanak-kanak yang teruja dengan kostum superhero itu.

Bagaimanapun apabila ketawa penulis reda, terdetik dihati penulis bahawa tindakan ‘spiderman’ itu juga mampu mencetus kontroversi dari masyarakat Melayu yang berpegang kuat dengan adat dan tatasusila majlis perkahwinan tersebut.

Risau juga sekiranya selepas ini timbul pula dakwaan yang mengatakan tindakan itu merupakan bida’ah yang kurang baik.

Bukan apa, ‘lain padang lain belalang, lain orang lain pula pandangannya’, kan?
Berikut adalah video yang dimaksudkan;



sumber:-MyNewsHub.my

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button