Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

05:42 0
http://cerciterpanas.blogspot.com
Sesiapa yang telah menggunakan telefon Android yang menjalankan ROM mungkin anda tahu tentang pengubahsuaian tetapan yang ada di dalam ROM tersebut. Terima kasih kepada pembangun aplikasi Android kerana kini anda tidak perlu lagi root telefon Android anda bagi mengalami pengubahsuai tetapan pada telefon anda.

Pada tahun lepas, Tom Barrasso telah melepaskan aplikasi penyesuaian yang pertama untuk Android iaitu StatusBar+ dimana ia memberikan pengalaman pada telefon Android anda samaada yang telah root atau pun belum menggunakan statusbar seperti Windows Phone 7. Kini, beliau telah mengeluarkan satu lagi aplikasi Android iaitu ChargeBar yang memberikan telefon anda bar melintang pada bahagian atas status bar atau di bawah bagi menunjukkan berapa banyak bateri yang telah tinggal. 

http://cerciterpanas.blogspot.com
Aplikasi ini membolehkan anda memilih :
- Warna yang anda mahukan pada bar
- Samaada ia perlu animasi ketika mengecas ataupun tidak
- Jika ia harus bersembunyi pada aplikasi skrin penuh
- Jika ia hendak dipaparkan pada paparan skrin kunci
- Ketinggian bar dan juga kedudukan bar tersebut

ChargeBar boleh didapati sekarang secara percuma di Android Market. Jika anda suka, anda boleh menderma kepada pemaju menerusi aplikasi tersebut.

Nota Kaki : Satu peluang yang baik bagi pengguna yang ingin mencantikkan telefon android mereka tanpa memerlukan root terlebih dahulu 

Sumber:- Cybernetic88.com

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button