Kumpulan Jingga 13 yang ‘mesra-PKR’ baru-baru ini membuat sidang
akhbar dan menggemparkan seluruh negara apabila mendakwa Malaysia
mempunyai hubungan dagang dengan Israel.
Lebih menghangatkan dakwaan tersebut, Jingga 13 begitu yakin dengan
kebenaran dakwaan mereka itu dengan mengemukakan gambar, video dan
beberapa dokumen bagi membuktikan tuduhan tersebut.
Semalam, Jingga 13 yang diketuai oleh Fariz Musa tampil menunjukkan
bukti-bukti tersebut kepada Malaysiakini.com yang menunjukkan
kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang dikuasai kerajaan Israel
mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.
Mereka mengemukakan dokumen dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
(KDRM) di West Port, Klang,dan syarikat Zim Integrated Shipping Services
Ltd, yang menunjukkan bahawa kapal Zim Atlantic dan Zim USA yang
berlabuh di situ pada 16 Februari lalu yang datangnya dari pelabuhan
Ashdod, Israel.
Namun malangnya, portal Selangor Daily Dot Com yang lebih teliti
dalam penyiasatan mereka berkenaan tuduhan itu mendapati bahawa tuduhan
Jingga 13 dan Fariz Musa itu tidak benar dan memalukan kumpulan itu
sendiri.
Hasil penyiasatan menyeluruh portal berkenaan, kapal-kapal Zim
Atlantic dan Zim USA itu bukanlah sebuah syarikat yang dikuasai Israel
dan ia merupakan sebuah syarikat perkapalan yang berpengkalan di
Liberia.
Menurut Selangor Daily, amat mudah untuk mengenali negara asal
kapal-kapal di tengah lautan dengan berpandukan bendera yang berkibar di
bahagian buritan kapal (wheel bridge) dan kapal-kapal yang dimaksudkan
Jingga 13 itu jelas mengibarkan bendera Liberia.
Laman portal itu turut mendapatkan maklumat dari sebuah laman web
berkaitan kapal-kapal dagang antarabangsa, Marinetraffic, di
http://www.marinetraffic.com untuk mencungkil maklumat untuk menyokong
fakta tersebut.
Antara fakta lain yang kemukakan oleh Selangor Daily ialah tulisan
“Monrovia” di buritan kapal Zim USA dan Zim Atlantic yang jelas
menunjukkan ia di daftarkan di Monrovia iaitu sebuah bandar perlabuhan
terkenal yang terletak di Liberia.
Menurut peta dunia, belum ada lagi kawasan, tempat, daerah atau negeri yang bernama “Monrovia” di Israel.
Dipercayai juga bahawa kapal-kapal dari Liberia tersebut sebenarnya
telah singgah di pelabuhan Ashdod di Israel bagi menurunkan
barang-barang dagangan sebelum dikatakan berlepas ke Asia Tenggara bagi
meneruskan jadual perjalanan mereka.
Persoalannya, apakah Malaysia wajar untuk tidak membenarkan mana-mana
syarikat berdagang atau berurusniaga dengan Israel untuk masuk berniaga
di negara ini?
Jika begitu, berapa banyak syarikat yang akan disekat dari masuk ke
negara ini memandangkan mereka turut memasarkan produk mereka di Israel?
Jika kita lihat dan teliti di pusat membeli belah, kedai-kedai
runcit, pasaraya-pasaraya serta lain-lain premis perniagaan di Malaysia,
begitu banyak sekali syarikat yang memasarkan produk mereka di Israel.
Apakah kita fikir jenama-jenama antarabangsa seperti Levi’s, Adidas,
Nike, Dunhill, Marlboro, Apple, Microsoft, Blackberry, Nokia, Titus,
Ferrari, Peugeot, dan banyak lagi produk terkemuka hanya terdapat di
Malaysia dan tidak di Israel?
Dan sekiranya kita menyekat kemasukan syarikat-syarikat terkenal itu
ke negara ini, apakah akan terjadi kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia?
Sewajarnya, Jingga 13 perlu berfikir beribu-ribu kali untuk
menyebarkan berita fitnah sebegitu supaya tidak lagi memalukan mereka di
kemudian hari dan perlu juga diingatkan bahawa mereka juga dipercayai
beragama Islam yang melarang umatnya menabur fitnah. – Mynewshub.my
Elements for remote collaboration
6 days ago
0 comments