Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

08:30 0
http://cerciterpanas.blogspot.com
Penulis tidak pasti sama ada mana-mana individu mampu pusingkan kepalanya ke belakang sebanyak 180 darjah dengan selamat tanpa sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Namun yang pasti, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Alexander mampu berbuat demikian.
Menurut Alexander, dia mula menyedari ‘kelebihannya’ mampu memusingkan kepalanya sebanyak 180 darjah itu sejak menyertai latihan gimnastik beberapa tahun yang lalu.

“Beberapa tahun dulu, saya mula menceburkan diri dalam arena gimnastik. Ketika itu baru saya sedar bahawa saya memiliki tulang veterbrata yang fleksibel dan saya mampu pusing kepala saya jauh lebih ke belakang dari (individu) normal.


“Sejak itu saya cuba pusing kepala saya ke belakang sedikit demi sedikit dan akhirnya saya berjaya berjaya pusingkan kepala saya terus ke belakang,” katanya yang dipetik dari rakaman video yang disiarkan di laman Youtube sejak dua tahun lalu.

Dipercayai Alexander kini sangat popular dan menjadi sebutan masyarakat dunia yang sukakan perkara-perkara pelik di mana penonton video tersebut telah mencecah lebih 4 juta penonton.

Mungkin ada di kalangan pembaca yang teringin nak jadi popular di seluruh dunia seperti Alexander namun suka penulis nyatakan di sini bahawa usahlah cuba meniru aksi lelaki ini memandangkan ia mampu membawa kecederaan serius atau maut.

Tak guna menjadi popular sekiranya anda dilaporkan meninggal dunia semata-mata hanya untuk meniru aksi Alexander memusingkan kepala 180 darjah ke belakang – tak berbaloi, kan?

Lagipun, Islam melarang umatnya melakukan sesuatu yang mampu mencedarakan diri sendiri sebagaimana kata Abu Burdah RA yang berkata bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan ayahnya, Abu Musa dan Muaz ke Yaman, serta bersabda;
“Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu,” – Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Bayan berhubung hadis berkenaan jelas menyatakan bahawa Rasulullah SAW menggariskan pada umatnya supaya memudahkan diri dalam amalan dan tidak menyukarkan diri dengan amalan-amalan yang membawa kemudharatan.

Sumber:- Mynewshub

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button