Ekoran itu, agensi perisikan terkemuka milik Amerika Syarikat itu terpaksa menutup laman web mereka selama sembilan jam bagi mengelak dari terus digodam kumpulan penggodam yang berniat mencuri data-data sulit yang lain.
Anonymous yang mengaku bertanggungjawab menggodam data CIA itu memberitahu bahawa mereka berjaya mendapatkan maklumat berkaitan nombor sekuriti sosial, nombor pendaftaran kenderaan, nombor telefon, alamat dan rekod-rekod jenayah.
Data-data tersebut diperoleh dari Jabatan Penguatkuasaan Undang-Undang Alabama dan kumpulan penggodam itu menyatakan bahawa tindakan itu dilakukan ekoran penguatkuasaan jabatan itu yang dikatakan bersifat perkauman yang disasarkan terhadap golongan imigran.“Anda mengadu tentang pendatang yang meningkatkan kos kewangan negera, tapi, anda tidak peduli pula tentang membelanjakan wang yang sama untuk melindungi rakyat anda sendiri,” kata kumpulan tersebut di laman web mereka.
Dalam kejadian tersebut yang dipetik dari Dailymail.uk.com, jurucakap jabatan berkenaan, Barbara Dortmund berkata bahawa pihak berkuasa Utah memberi amaran awal tentang kemungkinan penggodam yang mensasarkan bandar Alabama.
Bagaimanapun, para penggodam itu telah menyerang ‘webmaster’ di bandar tersebut dan mencuri data-data yang terkandung di dalamnya.
Difahamkan juga bahawa Anonymous turut mensasarkan Salt Lake City, Boston, Syracuse, New York dan Greece dalam serangan berangkai tersebut.
Selain itu, mereka juga menjadikan institusi kewangan seperti Visa dan Mastercard sebagai sasaran, serta turut menyerang Gereja Saintologi.
Mengejutkan, sumber rasmi dari jabatan-jabatan bandar tersebut menyatakan bahawa mereka tidak sedar bahawa laman web dan komputer-komputer mereka telah digodam.
memang hebat berul kalo dah namanya penggodam ni ye... kalo nak curik duit mungkin sekelip mata aje..hehe..
ReplyDelete