Telefon pintar yang dinamakan Huawei Honor ini mendapat maklum balas positif daripada pengguna dan pengkritik apabila ia bukan saja menepati kualiti sebuah telefon pintar tetapi juga lebih baik berbanding telefon lain dalam kelasnya.
Huawei Honor menggunakan sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich dan dipacu prosesor teras tunggal 1.4GHz dengan kapasiti RAM 512MB dan ROM 4GB.
Kepantasannya melancarkan pelbagai tugasan atau aplikasi secara serentak adalah memuaskan bagi sebuah telefon pintar yang dipacu prosesor teras tunggal.
Daripada muat turun atau muat naik data sehinggalah menonton video berdefinisi tinggi menggunakan sambungan WiFi atau rangkaian 3G, semua tugas itu dapat dilaksanakan dengan baik.
Huawei memberi penekanan kepada aspek paparan telefon pintar ini. Ia dilengkapi skrin sesentuh FWVGA empat incinya dengan aspek 16:9 berdefinisi tinggi (HD) yang mampu mempamerkan 16 juta juzuk warna sebenar.
Kualiti paparan seperti ini tidak jauh bezanya dengan paparan telefon pintar lain di pasaran. Namun, kualitinya masih boleh ditingkatkan untuk membolehkan pengguna menikmati sepenuhnya kepuasan tontonan.
Sesuai dengan kehendak pengguna yang sentiasa mahukan saat istimewa dirakam dan dimuat naik terus ke laman sosial, Huawei Honor dilengkapi dua kamera iaitu kamera HDR 8MP (mega piksel) di bahagian belakang yang turut disokong lampu flash LED dan kamera depan 0.3MP.
Huawei Honor mampu merakam imej secara dinamik walau dalam apa juga persekitaran termasuk ketika cahaya kurang dan merakam video definisi tinggi dengan 720p.
Reka bentuk telefon pintar ini menerapkan sentuhan elemen kaca yang eksklusif dengan binaan nipis 10.9 milimeter dan berat sekitar 140 gram.
Secara keseluruhan, Huawei Honor adalah model telefon terbaik dalam kelasnya yang menawarkan kualiti melebihi harga yang ditawarkan iaitu RM1,099.
note : kepada encik panas , tunggu kepulangan adikmu dgn enset baru . ekeke . Sila Jeles . haha .
Tentera menggunakan teknologi telefon Android dalam medan pertempuran:
ReplyDeleteTelefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan selain sebagai peranti komunikasi di mana teknologi ini hanya dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat. Pihak tentera juga telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera.
Baca artikel sepenuhnya di www.gombug.net