Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

14:32 0
Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star hari ini dilaporkan oleh The Malaysian Insider telah menggantung kerja dua editor yang bertanggungjawab meluluskan penerbitan gambar penyanyi Erykah Badu dengan tatu yang dianggap perlakuan tidak sensitif kepada komuniti orang Islam.

Mereka yang dimaksudkan ialah Editor Senior,  Lim Cheng Hoe and Timbalan Editor Rencana Daryl Goh: telah digantung kerja untuk satu tempoh masa yang tidak dapat ditentukan.

Sumber yang memberitahu The Malaysian Insider turut menambah, The Star telah melantik  dua editor bersekutu Rozaid Rahman dan Shah Dadameah untuk “membantu dan memandu” akhbar tersebut dalam isu yang melibatkan sensitiviti Muslim.

Akhbar itu telah menerbitkan gambar Badu dengan dua tatu berhuruf Arab untuk perkataan ‘Allah’, atau Tuhan, untuk profil seksyen entertainment2.

The Star telah menerbitkan satu pernyataan maaf berhubung perkara ini semalam.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button