Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:25 0


Malu apabila melihat video ini!!! Kambing-kambing ini dengan segera tunduk patuh dan pasrah menyerahkan diri mereka apabila mendengar kalimah basmalah dan takbir yang diucapkan oleh si penyembelih. Betapa patuhnya mereka kepada TUHAN mereka mahu menyerahkan diri mereka. Bagaimana kita? Adakah kita tidak berasa apa-apa dan lali mendengar kalimah2 mulia ini? Mungkin artikel dan video ini dapat membawa kita agar sama-sama bermuhasabah.

Rela Menyerah Diri Dengan Basmalah dan Takbir.

Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:


فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An`am, 6:18)

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)

Itu jika dilihat dari perspektif kita sebagai manusia yang wajib mentaati semua perintah-perintah ALLAH.

Di dalam video-video ini, ia cuba membawa perspektif yang jarang mampu dilihat oleh manusia. Iaitu dari perspektif haiwan yang disembelih itu sendiri. Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”. Haiwan-haiwan ini menyerah diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan. Saksikan video-video berikut:

Saya tertarik dengan kata-kata Sam Kouka di dalam video ini:

“Mereka tenang dan rela dengan penuh hati untuk menyerahkan diri mereka untuk dikorbankan apabila mendengar nama ALLAH. Mereka kadang-kadang lebih kuat beragama berbanding kebanyakan manusia.”

Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan, ISLAM juga mengajar agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau di hadapan haiwan yang mahu disembelih. Malah kita diminta berlaku lembut dengan haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan. Ini bertujuan menjaga kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih.

Jika dibandingkan dengan cara orang kafir menyembelih, bukan sahaja mereka tidak berlembut dan tidak mengambil kira perasaan haiwan, malah haiwan-haiwan ini telah dizalimi dengan teruk sekali sebelum disembelih. Betapa jauh lebih baiknya cara penyembelihan yang disuruh ALLAH berbanding cara penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.

Ini hanya secebis hikmah yang bisa dilihat manusia dan diambil pengajaran daripadanya. Betapa semua arahan ALLAH itu memberi kesejahteraan buat manusia dan keseluruhan mahluq. Justeru, berimanlah dengan ALLAH. Patuhilah semua suruhanNYA dan jauhilah semua larangannya. Ambillah ISLAM, nescaya kita akan selamat dan sejahtera.

“Aslim taslam” – Masuklah ISLAM, nescaya engkau akan selamat sejahtera.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button