Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:26 0


KUALA LUMPUR – Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis pagi ini dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

Sinar Harian difahamkan suspek enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi semalam, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.

Sinar

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button