post yg pertama hari tu ada berita pasal ni kan , oke ni reaksi anak yang meninggalkan ibunya dihotel bajet tu.. sama-sama kita baca ya..
"SAYA SAYANG MAK"
KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.
“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu. http://cerciterpanas.blogspot.com
“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.
“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.
nak baca lagi belilah Harian Metro :')
0 comments