Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

20:52 0

KOTA BHARU: Selepas dihukum penjara 16 tahun dan lapan sebatan minggu lalu, seorang lelaki digelar ‘perogol bersiri’ sekali lagi dihukum penjara lapan tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen, semalam atas tuduhan merompak dan menceroboh rumah pengurus kedai emas dengan pisau, hujung tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas Amran Che Jaafar, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Atas tuduhan merompak, dia dikenakan penjara lapan tahun dan lima sebatan, manakala hukuman penjara tiga tahun dikenakan atas tuduhan menceroboh.

Azman memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak. Beliau sebelum itu mengarahkan hukuman terbabit berjalan berasingan dengan hukuman terhadap kesalahan rogol yang dijatuhkan minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, Amran didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry, wang tunai RM250, kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Islam dan lesen memandu milik mangsa berusia 38 tahun di Kubang Kerian, di sini, pada jam 8 pagi, 15 November 2011.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 392, Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397, kanun sama.

Pada tarikh, waktu dan tempat yang sama Amran turut didakwa menceroboh rumah mangsa menggunakan pisau yang didakwa mengikut Seksyen 451, Kanun Keseksaan.

Harian Metro

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button