✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail
& beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg
Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun,
Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk
kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,
berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak
Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang
mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari
biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan
telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati
mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan
mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan
bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat
perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang
banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah
dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih
kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang
besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul
semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan
matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika
matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya
seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.
Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka
menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang
bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum
airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat
tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari
embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti
Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa
antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang
sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat
kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang
dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari
‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun
menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika
itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy
menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga
mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia
beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir
& munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang
pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang
pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali
diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran
seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka
lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi
orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua
makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.
Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2
daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk
menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan
akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah
tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula
berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah
jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari
mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan
menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat
memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan
5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti
angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak
dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan
kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang
meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang
akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
☞ Jika sekiranya
kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada
sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
: Rasa gerun bila baca, kerdilnya kita di sisi Allah. Cukupkah amalan
baik kita bila kita sampai di sana nanti? Korang share la jugak artikel
ni ye. Sampai sampaikan lah ilmu itu walaupun sedikit. Semoga kita semua
memperoleh manfaat bersama, InsyaAllah, Amin.
sumber:-Effa liana
Elements for remote collaboration
3 days ago
0 comments