Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

11:10 1

http://cerciterpanas.blogspot.com
SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Presiden Israel, Shimon Peres melawat ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California Utara kelmarin.

Perez turut memuji laman jaringan sosial berkenaan sebagai mekanisme alternatif untuk orang ramai selepas beberapa usaha damai Asia Barat sebelum ini menemui kegagalan.

Pemimpin berusia 88 tahun itu bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dan melancarkan halaman peribadinya di laman web berkenaan.

Ia bertujuan untuk mewujudkan dialog dengan penduduk Arab di negara-negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.

Dalam temu bual bersama Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg yang disiarkan secara langsung di laman web firma berkenaan, Peres berulang kali memuji Facebook sebagai alat ke arah perubahan positif dengan membolehkan penduduk di negara-negara berbeza saling berkomunikasi.

“Soal keamanan bukan lagi urusan pemerintah tetapi ia kini urusan rakyat,” kata Peres.

Menjawab soalan Sandberg mengenai program nuklear Iran, Peres berkata, beliau tidak bermusuh dengan rakyat Iran.

Namun, pada masa yang sama Peres mengecam pentadbiran Iran kerana merancang membina senjata nuklear.

Presiden AS, Barack Obama menjadi ketua negara pertama yang melawat ibu pejabat Facebook apabila beliau mengadakan pertemuan dengan Zuckerberg pada tahun lalu. – AP

1 comment:

  1. Perdana Menteri kot israel laknat ne

    http://www.alziyadnews.com/2012/03/anda-setuju-kenaikkan-gaji-kekal-kuat.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button