Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

20:00 0
http://cerciterpanas.blogspot.com
Fuh, 1 juta. Kalau tahun lepas Facebook Lisa Surihani berjaya mencapai angka keramat ini, kali ini Facebook Aaron Aziz telah join the millionaire list. Setakat entri ini ditulis, sudah 1,101,740 LIKE yang diterima. Mantap kan?


Dan ada berita baik untuk mereka yang menggilai Aaron Aziz, menurut Kosmo, Aaron Aziz bakal mengendalikan segmen Dr. Love di radio Era tidak lama lagi. Kata Aaron:-


Saya ditugaskan mengendalikan slot bersama peminat itu setiap hari minggu dari pukul 9 hingga 10 malam. Melalui slot itu peminat boleh telefon dan berkongsi mengenai masalah hubungan cinta mereka kepada saya. Saya akan cuba menjawab apa yang ditanya mereka sebaik mungkin.


Dapat bayangkan antara masalah yang bakal dikongsi oleh pendengar segmen Aaron Aziz kelak. Kemungkinan besar contoh perbualan seperti di bawah:-


Pemanggil: Abang Aaron Aziz, saya ada masalah la.

Aaron Aziz: Iye sila luahkan masalah anda. Dr. Love sedia membantu.

Pemanggil: Masalahnya saya dari dulu lagi dah jatuh cinta dengna Abang Aaron la. Camner nie bang?

Aaron Aziz: Oh itu bukan masalah. Itu namanya mencari masalah dengan bini saya.


Apa pun sejak menjadi artis naungan Astro ini, semakin banyak rezeki yang diterima oleh Aaron Aziz.

Sumber:- Beautifulnara.com

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button