Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

08:57 0

KUALA LUMPUR: “Bukan ugut sebaliknya hanya mahu menuntut hutang,” kata pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu laporan polis yang dibuat seorang pengurus produksi berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya di Balai Polis Taman Melawati, di sini, kelmarin, mendakwa dia membawa beberapa rakannya mengugut untuk mencederakan wanita terbabit selain mahu merampas kereta miliknya.

Fauzi berkata, pengurus terbabit berhutang dengannya sebanyak RM14,000 manakala dia juga menjadi penjamin kepada wanita itu untuk meminjam wang daripada rakan perniagaannya seorang warga Iran sebanyak RM28,000 kerana mahu membayar gaji pelakon lain.

“Saya dan rakan-rakan bukan samseng, kami hanya mahu hak kami kerana sudah lebih empat bulan dia (pengurus) tidak melunaskan bayaran selepas berlakon dengan produksinya,” katanya.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button