Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

14:41 0




SETIAP kali mendengar lagu dendangan mereka, pasti ramai anak muda akan ‘layan’ habis.
Ini kerana ia memang ‘catchy’ dan sering diputarkan dalam kelab hiburan serta disko.


Berasal dari Los Angeles, kumpulan duo yang dianggotai RedFoo, 37, dan anak saudaranya, SkyBlu, 26, ini sememangnya ada ramai pengikut tersendiri terutama remaja yang gemarkan tarian ‘shuffle’.

Selepas kedatangan Simple Plan, Avril Lavigne dan Pitbull, baru-baru ini, kini tiba giliran LMFAO untuk membuat persembahan bagi menghiburkan peminat di Surf Beach, Sunway Lagoon, pada 29 Mac ini.


Konsert yang julung kali diadakan itu anjuran JS Concert Production dengan mendapat kerjasama Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd.


Antara lagu yang popular dan sering menjadi siulan ramai adalah Party Rock Anthem, Sexy And I Know It, Yes, La La La dan Sorry For Party Rocking.

Ditubuhkan pada 2006, dengan gaya rambut afro dan sering mengenakan pakaian rock dengan cetakan haiwan, LMFAO dilihat dapat pergi jauh sejajar dengan muzik mereka.

Mendapat pencalonan sebagai Best Dance/Electronic Album pada Anugerah Grammy ke-52 lalu dan penjualan single sehingga 40 juta unit, kumpulan ini tidak akan menoleh ke belakang lagi, malah ia menjadi sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya menghasilkan muzik terbaik.

Menjadikan Tupac, Black Eyed Peas, James Brawn, The Beatles dan Michael Jackson sebagai sumber ilham dalam pembikinan muzik mereka, ternyata karya yang dihasilkan tidak mengecewakan apabila album pertama, Party Rock pada 2009 mendapat sambutan hangat.

Malah album kedua, Sorry For Party Rocking yang dilancarkan tahun lalu turut tersenarai dalam carta Billboard sebagai antara album paling laris.

Walaupun ada di kalangan penggemar muzik kurang menyenangi gaya dan jenis lagu yang dibawa mereka, ternyata mereka masih punya jutaan peminat.

Mereka kini rancak menjelajah Asia sejak tahun lalu seperti ke Manila, Filipina, Taipei, Taiwan dan terbaru, Malaysia.

Tiket boleh dibeli pada harga RM398 (JS VIP Zone), RM298 (Rock Zone), RM198 (Party Zone) dan RM138 (Chill Out Zone) di Rock Corner Subang Parade, The Gardens, Midvalley Magamall, The Curve, Victoria Music Centre atau The Guitar Store.

Untuk segala pertanyaan, anda boleh menghubungi TicketPro di talian 03-78807999 atau dengan melayari www.ticketpro.com.my bagi mendapatkan maklumat lengkap.



err actually pernah dengar satu jer lagu dia orang ni , I'M SEXY AND I KNOW IT jer... haha 

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button