Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

22:19 1
http://cerciterpanas.blogspot.com
Akhirnya petang tadi di Flora Cafe, Ampwalk, Awal dan Scha telah pun mengumumkan tarikh pernikahan dan persandingan mereka. Tarikh keramat pernikahan bagi bakal pengantin baru ini ialah 4 Mei di Pullman Putrajaya manakala majlis persandingan pula pada 6 Mei di PICC, Putrajaya.


Dan kepada peminat Scha ataupun Awal, ada berita baik buat anda semua. Majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro Ria untuk tatapan anda semua. Dan seperti majlis perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry, Astro Ria turut akan menyiarkan episod-episod khas perkahwinan Scha dan Awal.

http://cerciterpanas.blogspot.com


Untuk makluman, Scha telah pun dirisik oleh Awal kira-kira 6 bulan yang lepas. Dan Awal turut menerangkan bahawa proposal yang dilakukan menerusi rancangan Propaganza baru-baru ini ialah sesuatu yang dia sendiri mahu lakukan buat pihaknya. Tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak ataupun tidak mengikut adat Melayu.

http://cerciterpanas.blogspot.com

Satu fakta menarik tentang pasangan ini ialah ketika menghadiri kursus kahwin baru-baru ini, Scha sebenarnya sedang menghidap penyakit demam denggi. Sebaik sahaja tamat kursus kahwin, Scha dimasukkan ke hospital selama seminggu.

1 comment:

  1. Tonton tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv, tv8, astro arena, astro ceria, astro prima, astro arena, astro ria, tv al hijrah, astro oasis, bernama tv dan banyak lagi untuk menonton Click link >>> http://tvradiostreamblog.blogspot.com/2013/11/malaysia-tv-online.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button