okey hari ini ada petua untuk orang-orang yang ada masalah berdengkur masa tidur :D memang selalu jadi kan? dan yg pasti mesti rasa nak hempok jer mereka2 yg berdengkur ni.. haha.. oke , suruh jer dorang baca kt bwh ni oke ? http://cerciterpanas.blogspot.com
Berdengkur adalah satu bunyi bising yang
dikeluarkan semasa bernafas dalam tidur apabila sebahagian saluran
pernafasan bahagian atas seseorang tersumbat.
Dengkur berlaku ketika terdapatnya
sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian
belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi bising dengkuran terjadi
apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar
di antara satu sama lain. http://cerciterpanas.blogspot.com
Kebiasaannya, gejala dengkur terjadi
sejak dari kecil lagi dan bertambah kerap mengikut pertambahan umur
seseorang. Malah, kajian para penyelidik di Amerika Syarikat mendapati
gejala dengkur yang bermula dari usia kanak-kanak berpontensi merubah
keadaan diri seseorang itu seperti menjadi hiper-aktif sejak dari kecil.
Pada 2002, pasukan penyelidik dari
Universiti Michigan melaporkan, daripada 229 kanak-kanak yang ditemui,
mereka yang kerap berdengkur dua kali ganda berpotensi menjadi
hiper-aktif.
Jadi, adalah amat penting untuk
mencegah dan merawat gejala dengkur daripada menjadi lebih buruk hingga
boleh mengundang rasa tidak selesa dan menggangu persekitaran sewaktu
tidur.
Penyelidik tersebut juga ada mengeluarkan sebab-sebab terjadinya gejala dengkur. Antaranya:
- Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.
- Tisu tekak yang besar dan tebal.
- Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.
- Saluran pernafasan tersekat.
Rawatan bagi merawat berdengkur adalah
bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan
dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau
masalah tonsil dan rawatan akan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal
pasti.
Antara cara dan langkah yang disarankan oleh penyelidik untuk mengurangkan dan mengelakkan tidur berdengkur ialah:
- Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan.
- Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.
- Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.
- Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat.
- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.
- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.
- Tinggikan kepala katil lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.
Mencegah itu lebih baik dari merawati.
Kesihatan tubuh badan amat penting untuk dijaga supaya tidak akan
menimbulkan sebarang kesusahan kemudian hari.
oke lah , kalau susah sgt nak amalkan mcm ni , korang beli je la breath right yang jual kt kedai tuu :D at least , tidur orang lain tak terganggu dan korang pon tak dapat malu :D
Aku tak berdengkur..cuma bunyi ajer..hehehe
ReplyDelete