MOSCOW, Rusia - Tiga aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari
Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk
perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat
gergasi gas semula jadi Gazprom di sini semalam.
Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil
memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat
Gazprom.
Ketiga-tiga wanita itu mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius.
Salah satu poster itu mengandungi mesej yang menyamakan Ketua Pegawai
Eksekutif Gazprom, Alexei Miller dengan ketua polis rahsia pada zaman
pemerintahan pemimpin Adolf Hitler di Jerman, Heinrich Mueller.
Tunjuk perasaan itu dibuat kerana Ukraine dan Rusia gagal mencapai penyelesaian berhubung harga gas sejak beberapa bulan lalu.
Namun, ketiga-tiga wanita itu diusir keluar dari ibu pejabat tersebut oleh kakitangan lelaki syarikat Gazprom.
- Agensi
Elements for remote collaboration
3 days ago
0 comments