Kemudian seorang pelakon popular era 70-an dan 80-an, Mokhtaruddin Mohd. Saaid, 56, pelakon yang pernah dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi filem Pasung Puaka dan Pertentangan pada 1980 dan 1984 pula diheret ke mahkamah.
Dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun 11 bulan dengan cara mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa.
Armaya Aman Ramli, 63, atau popular dengan panggilan AR Badul juga pernah dipanggil polis tahu lepas untuk dirakamkan keterangan berhubung laporan seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pelawak berkenaan.
Pelawak terbabit bagaimanapun menyangkal dakwaan remaja perempuan berusia 13 tahun itu yang mengatakan dia (Badul) mencabul lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac tahun lalu.
Dan kini yang terbaru, seorang penyanyi kumpulan R&B yang terkenal suatu ketika dulu dikatakan telah ditahan reman kerana disyaki merogol anak tirinya sendiri.
Portal hiburan Rotikaya.com awal-awal lagi sudah ‘menghidu’ si polan yang dimaksudkan.
Berdasarkan ‘clue’ yang mengatakan suspek pernah membintangi sebuah filem yang memenangi anugerah di festival filem antarabangsa, portal berkenaan menamakan Mohammad Faizal Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Wan Shades sebagai personaliti yang dimaksudkan. Betul ke tu?
Apapun penulis harap kita jangan cepat melatah kerana status suspek kes itu masih dikategorikan sebagai ‘tahanan reman’.
Dalam bahasa mudahnya, dia belum disabitkan kesalahan, cuma ditahan untuk disiasat. Mungkin dia buat, dan mungkin dia tidak melakukannya.
Apapun pada rakan-rakan artis, penulis berharap mereka lebih berusaha menjaga tingkah laku dan perangai masing-masing…ini kerana mereka sering dijadikan ‘role model’ peminat yang memuja mereka.
Memang dunia artis ni cabaran dan dugaan yang dihadapi sangat hebat, tapi bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai.
Mengenai kes rogol anak tiri tu, kita tunggulah nanti perkembangan siasatan pihak polis.
Jangan terlalu awal membuat kesimpulan, jangan terlalu awal membuat tuduhan.
Seseorang itu belum tentu lagi bersalah sehinggalah dia dibuktikan berbuat demikian, Wallahualam -
Sumber:-SYAHRIL A. KADIR