Di
Rockland, Amerika Syarikat.Seekor udang karang gergasi telah ditangkap
di luar perairan pantai Maine,tetapi ia tidak akan dimasak untuk
dijadikan makanan.
Pengarah
Akuarium Negeri Maine, Aimee Hayden-Rodriques menyatakan seorang nelayan
yang menangkap udang, Robert Malone menangkap udang karang gergasi itu
pada Jumaat lalu.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Dia kemudian memberikan udang itu kepada Jabatan Sumber Marin untuk dihantar ke Akuarium Negeri Maine.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Udang karang itu sepanjang hampir 101.6 sentimeter dan seberat 12.3 kilogram.
Haiwan itu diberi nama Rocky kerana ia ditangkap di kawasan berbatu.
Namun,
menurut Hayden-Rodriques, udang karang tersebut perlu diberi nama
petinju Rocky kerana penyepitnya yang besar mencukupi untuk memberikan
pukulan.
Dia
berkata, udang karang itu akan dilepaskan ke lautan kerana ia akan
menjalani kehidupan yang lebih baik dalam habitat liar. – Agensi
0 comments