Siapa yang tidak kenal dengan pelawak
terkenal, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan
Raja Lawak yang sering kali mampu membuatkan peminat-peminat tidak
kering gusi dengan lawak yang ditampilkan. http://cerciterpanas.blogspot.com
Mendengarkan gelaknya yang besar sahaja sudah cukup membuatkan orang ramai terhibur dengan aksi dan keletah lucunya.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Pun begitu, dalam sikapnya yang bersahaja dan kadang-kadang ‘lepas
mulut’ dalam mengeluarkan lawaknya, Johan tidak terlepas dari terkena
‘balasan’ dengan lawak sendiri.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Bulan lepas, sewaktu mengacarakan rancangan Riuh Pagi Era, Johan
dengan ‘selambanya’ mengatakan sesuatu tentang perihal isterinya, Ozlyn
di dalam segmen Sketsa Johan Di Era yang bersiaran dari jam 6 pagi
hingga 10 pagi.Dalam segmen itu, Johan telah membuktikan kekuasaannya di rumah tentang bagaimana menjalankan ‘kuasa’ sebagai seorang suami.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Akibat dari lawaknya, Ozlyn telah ‘menyerang’ Johan secara ‘live’
dengan membuat panggilan ke radio itu setelah mendengar siaran segmen
tersebut di rumah dan menyamar sebagai orang lain.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Rakaman suara rancangan tersebut yang terdapat dalam Youtube memang
membuatkan penulis tak tahan untuk gelak mendengarkan perbualan antara
Johan dan isterinya di mana Johan secara tiba-tiba ‘takut’ dan menafikan
cakap-cakapnya sebelum itu.
http://cerciterpanas.blogspot.com
Mungkin itu hanyalah gurauan antara pasangan tersebut yang sentiasa ingin mengharmonikan hubungan sesama mereka.Apa-apa pun, rakaman tersebut memang terlalu lawak!
Sumber:- Mynewshub
0 comments