KUALA LANGAT – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas
kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan
gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki
melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.
Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14
Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki
dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.
Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga
Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu
dan tidak pernah menemuinya.
Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta
itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar
raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang
makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak
berdekatan.
Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu
saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian
ibunya.
Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari
kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini
itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid,
Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar.
Sumber:- Kosmo
Elements for remote collaboration
6 days ago
0 comments