Cuba korang bayangkan seorang bayi yang baru
berusia dua minggu, yang masih lembut tubuhnya dihayun ke kiri dan kanan oleh
seorang dewasa mengelilingi kepala serta diperlakukan seolah-olah seperti
peralatan senaman harian.
Gilakan?
Tapi tu lah ‘Yoga Bayi’ yang dipraktikkan oleh
seorang pakar terapi dari Rusia, Lena Fokina, 51, terhadap seorang bayi yang
menjadi ‘mangsa’nya dan aksi-aksi ‘akrobatik’ tersebut jelas membimbangkan
ramai pihak, khususnya para ibubapa. Sapa tak risau anak dihayun mcm tu ?
Menurut Lena, terapi itu asalnya diamalkan oleh
puak-puak Afrika purba yang kemudiaannya dipermodenkan oleh seorang pakar, Dr.
Igor Charkovsky, dan dilakukan terhadap bayi yang berusia beberapa minggu
hingga umurnya mencecah dua tahun.
Wanita Rusia itu juga menjelaskan bahawa teknik
itu sangat membantu tumbesaran bayi dan menegaskan bahawa tindakannya itu tidak
salah dari sudut kemanusiaan sama sekali.
“Kaedah ini pada asalnya dibangunkan untuk
menyembuh dan membetulkan kesihatan bayi yang mempunyai masalah otot atau
tulang, namun ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang sihat.
“Pergerakan ini direka untuk meningkatkan
keupayaan otot dan pembangunan mereka.”
http://cerciterpanas.blogspot.com
“Dan sebenarnya bayi mampu membaca, menyanyi,
bercakap, berenang sejak dilahirkan. Ia (yoga bayi) juga membuat tangan mereka
yang lebih kukuh. Kami berperi kemanusiaan dan tidak berbuat apa-apa kesalahan
pun,” katanya yang dipetik dari laman Dailymail.uk.com.
Meskipun menyedari ramai pihak yang marah melihat
perlakuannya terhadap bayi yang menjalani terapi yoga bayi itu, Lena menegaskan
bahawa tubuh badan bayi yang masih lembut itu mampu menyesuaikan diri dengan
kaedah itu.
“Tubuh badan bayi yang kecil yang boleh
menyesuaikan diri dengan proses mudah jika diamalkan secara beransur-ansur.
“Bayi itu akan selamat (dari sebarang kecederaan)
sekiranya ibubapanya atau pengamalnya mempelajari, memahami dan menggunakan
cara yang diajar oleh Dr. Charkovsky.
“Kebanyakkan orang rasa marah melihatnya (cara
terapi yoga bayi) kerana mereka tidak sedar mengenai keupayaan sebenar bayi
sedangkan sebenarnya kebolehan bayi-bayi ini lebih luas dari yang difikirkan,”
katanya lagi.
Bagaimanapun, hujah Lena dan Dr. Charkovsky ini
telah mencetus kontroversi dari ramai pakar-pakar perubatan moden yang
membantah terapi ‘kejam’ itu.
Ada di antara pakar-pakar itu yang berpendapat
bahawa terapi itu mampu menyebabkan gegaran otak dan mengakibatkan kecacatan
mental bayi.
Lena menyifatkan kritikan negatif yang
diterimanya itu sebagai jahil dan melalui pengalaman selama 30 tahun
mempraktikkan yoga bayi, belum ada lagi bayi yang berakhir dengan kecacatan mental
mahupun fizikal.
“Pertama kali saya mencuba yoga bayi ialah pada
30 tahun lalu terhadap anak perempuan sulung saya, Alexandra. Pada mulanya saya
bimbang, tetapi kemudian saya menyedari bagaimana anak-anak saya gembira
menikmatinya dan ia begitu memberi inspirasi kepada saya.
“Mereka yang mengkritik kaedah ini adalah jahil.
Jika mereka cuba untuk memahami apa yang kami lakukan, mereka akan mengubah
pemikiran (tanggapan) mereka.
Semua anak-anak saya telah berkembang mengikut
kaedah Charkovsky dan mereka semua telah mencapai keputusan cemerlang dalam
kehidupan. Anak-anak saya adalah juara Rusia dalam acara payung terjun, terjun
bebas dan menunggang kuda.
“Sekarang anak-anak saya mengamalkan mereka
kaedah-kaedah yang sama pada anak-anak mereka sendiri. Ia adalah bukti yang
terbaik,” katanya penuh yakin.
Okay , now jom kite tgk aksi yoga tu ,. Sumpah scary
! korang diingatkan agar jangan melakukan aksi-aksi sedemikian selagi tidak
mempelajari dan mahir dengan kaedah yang diperkenalkan Dr. Charkovsky tersebut okay?
sumpah seram tgk mcm ni di hayunkan bayi tu ==' tp dia jugak seorang ibu kan? malahan dia dah praktikkan kat anak-anak dia sekali , dan hasilnya , menakjubkan ! :)
0 comments