Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

10:30 0

Antara kata-kata individu yang dikenali sebagai bob_azuan terhadap Rita Rudaini. Bagaimanapun akaun tersebut telah dipadamkan pada pagi Selasa.

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menuntut seorang pemilik Twitter @bob_azuan segera membuat permohonan maaf kepadanya kerana menghina, memfitnah serta memalukannya melalui laman Twitter akaun tersebut.

Rita berkata, tindakan individu itu benar-benar menjatuhkan maruahnya kerana turut terlibat untuk campur tangan dalam krisis rumah tangga yang sedang dihadapinya ketika ini.

“Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf kepada saya dengan seberapa segera.

“Saya telah diaibkannya dengan kata-kata kesat berbau penghinaan menerusi komen-komennya dalam Twitter berkenaan,” katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini, Selasa.

Rita diminta mengulas tindakan seorang individu yang menggunakan identiti @bob_azuan melemparkan kata-kata aib terhadapnya termasuklah menggelar Rita dengan perkataan “Ritaik”.

Pemilik Twitter tersebut turut memberi komen untuk mendedahkan kisah Rita bagi tujuan memalukannya selain menggunakan gambar adik ipar pelakon tersebut iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai gambar profil Twitter berkenaan.

Rita berkata individu tersebut mendakwa bekerja sebagai jurugambar sebuah syarikat produksi yang turut merakamkan gambar Zaquan Adha dan isterinya pelakon Ayu Raudhah ketika menjalani penggambaran drama di Sabak Bernam awal bulan ini.

Rita yang mendakwa mengenali pemilik Twitter berkenaan memberitahu, individu itu telah memohon maaf kepadanya melalui seorang kawan dan telah menutup akaun Twitter tersebut selepas mendapat kritikan daripada peminat-peminat yang melahirkan perasaan marah dengan tindakan itu.

“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia kawan kepada pasangan Aidil Zaquan dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur masalah rumah tangga saya,” katanya.

Sementara itu Zaquan Adha dalam Twitter miliknya tidak mengulas panjang mengenai perkara itu sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyangka kononnya dia telah menyamar menjadi @bob_azuan.

“Terima kasih di atas andaian anda. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui kebenaran. Tak perlu nak meraih simpati orang,” katanya menerusi entri pada pukul 12.36 tengah hari, Selasa.

Masalah rumah tangga Rita dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang juga kembar kepada Zaquan Adha masih belum selesai apabila suaminya itu telah keluar rumah dan tidak pulang sejak awal Januari lalu.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dia orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia sepuluh bulan.

mStar

lihat ini juga Rita Rudaini Dihentam Teruk Oleh Twitter Bob Azuan

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button