Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:30 0


Wartawan muda Arab Saudi yang mencetuskan kemarahan rakyat di negaranya akibat komennya di Twitter yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW telah diusir pulang oleh pihak berkuasa di Malaysia.

Menurut AFP yang memetik seorang pegawai kerajaan Malaysia yang tidak mahu identitinya didedahkan, Hamza Kashgari, yang ditahan di negara ini minggu lalu selepas melarikan diri dari Arab Saudi, meninggalkan Kuala Lumpur dengan kawalan pegawai-pegawai Arab Saudi.

Antara yang ditulis oleh Hamza yang membulkan kemarahan itu adalah: “Saya mencintai perkara-perkara mengenai anda dan saya juga membenci perkara-perkara mengenai anda dan banyak yang saya tidak faham mengenai anda.

“Saya tidak akan sembahyang kepada anda.”

Hamza pernah memohon maaf dan mahu bertaubat tetapi sekumpulan ulama terkemuka negara itu melabelkan beliau sebagai murtad dan mahu beliau dibicarakan dan dihukum di negara itu.

Menghina Islam dan Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.

Kerajaan Malaysia ketika dihubungi AFP enggan mengesahkan sama ada Hamza telah diusir tetapi kenyataan media yang dikeluarkan berkata wartawan itu akan dihantar pulang ke Arab Saudi.

“Malaysia mempunyai perjanjian persefahaman bahawa individu yang dikehendaki oleh sesuatu negara akan diekstradisi apabila mereka ditangkap, dan (Kashgari) akan diusir melalui perjanjian ini,” petik kenyataan itu.

“Jenis dakwaan terhadap individu dalam kes ini adalah perkara yang perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.”

Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi menggesa Malaysia supaya tidak mengusir penulis muda itu.

Antaranya, penyelidikan kanan Human Rights Watch, Christoph Wilcke berkata Malaysia tidak perlu “bersubahat dengan menghantar Kashgari balik”, sambil mendakwa beliau tidak mungkin mendapat perbicaraan yang adil di sana.

“Ulama Saudi telahpun memutuskan bahawa Kashgari adalah murtad yang harus menghadapi hukuman,” katanya.

Menurut Wilcke, Malaysia perlu menyelamatkan Kashgari dan membiarkannya mendapat perlindungan di negara pilihannya.

Turut menyokong saranan itu adalah aktivis hak asasi S Arulchelvan daripada Suaram.

Beliau meminta kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengusir Kashgari tetapi sebaliknya membenarkan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyiasat isu tersebut.

Fadiah Nadwa Fikri, seorang jurucakap kumpulan aktivis peguam – Lawyers for Liberty – pula berkata Kashgari adalah seorang penulis blog yang mengutuk “penindasan wanita”.

“Ini sekali lagi merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau mempunyai setiap hak untuk membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas,” katanya sambil menambah Malaysia seharusnya memberi suaka kepada Kashgari.

sumber:-Malaysiakini

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button