zaman makin maju makin bertamadun dan disebabkan terlalu bertamadun nya zaman ni, monyet di hutan pun dah kenal apa itu erti cinta, apa itu erti kasih sayang, apa itu erti cintan dan apa itu cintun.ekoran daripada tu dari hari ke hari dapat kita saksikan semakin banyak monyet yang mula pandai bercinta bermadu kasih mengucapkan kata rindu pada pasangan masing-masing.
malangnya ia seakan-akan sudah menjadi kebiasaan yang mana boleh kita perhatikan bahawa cinta para monyet ini tidak pernah kekal lama.bahkan ada yang cuma bertahan selama sebulan kemudian terus berpisah mencari monyet lain yang sanggup menerima mereka.kitaran ini terus menerus berlaku sehingga mereka membesar menjadi seekor gorila yang tika itu sudah mula pandai untuk menilai.
entah kenapa bila aku balik dari zoo baru-baru ni tergerak hati aku untuk mengkaji mengapa cinta para monyet-monyet ni x pernah nak kekal lama.setelah beberapa siri kajian dilakukan bersama pasukan pengkaji national geography dapat aku rumus kan beberapa sebab musabab mengapa perkara ini terjadi.antara sebab utama ialah :
1- Cemburu Memonyet Buta
merupakan sejenis sifat cemburu yang normal dikalangan monyet-monyet dan ianya sedikit berbeza dari sifat cemburu si babi ketika buta.kebanyakan sifat ini muncul disebabkan oleh pengaruh mukabuku ataupun twitter..dalam kes ini kebanyakkan yang bersalah ialah monyet betina yang terlalu suka melayan wall post monyet jantan lain yang meminta pisang daripada si betina dek kerana lapar..adapun terdapat juga kes di mana pisang itu diberi dan di offer sendiri oleh si monyet betina..inilah yang menyebabkan si monyet jantan berasa marah. namun begitu masalah ini tidak lah terlalu serius jika hendak dibandingkan dengan apa yang selalu dilakukan oleh si monyet jantan yakni perbuatan mereka yang sering memberi pisang kepada monyet betina lain..
2-Si Monyet Merasakan Diri Mereka Lebih Sesuai Bercintan Dengan Si Beruk.
adapun dalam kes ini ianya terjadi apabila si monyet merasakan mereka sudah cukup matang dan besar panjang untuk menjadi kekasih beruk walhal mereka itu yakni si monyet masih kecil dan masih bersekolah.dek kerana masih monyet dan tidak sesuai menjadi kekasih si beruk maka kebiasaannya si monyet mengambil keputusan untuk menawarkan diri atau merelakan diri menjadi abang / adik /kakak angkat kepada si beruk..bila ini terjadi pada kebiasaannya si monyet jantan akan berasa marah lantaran mereka merasakan bahawa kasih sayang yang diberi oleh si monyet betina telah berbelah bahagi..x dapat dinafikan bahawa monyet jantan mana yang x rasa diri tercabar apabila monyet betina kesayangan menyayangi ataupun menyukai beruk atas nama kasih sayang adik dan abang angkat.
3- Berpisah Atas Dasar Ingin Menjadi Gorila Terpelajar.
semua maklum bahawa monyet ialah golongan mereka yang masih lagi bersekolah akan tetapi miang dan gatal mereka telah sampai ke satu tahap yang tidak boleh dibendung lagi. untuk mengurangkan rasa miang itu kebiasaannya mereka akan keluar menelusuri pokok-pokok di hutan mencari kelibat si monyet betina yang sedang bersendirian.pada kebiasaannya rasa miang itu akan cepat hilang dan diganti pula dengan rasa bosan.bilamana sudah terlalu bosan akan tercipta pula satu alasan bahawa mereka ingin pula menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran demi memastikan cita-cita untuk menjadi seekor beruk yang terpelajar tercapai.
demikian antara punca mengapa cinta monyet x pernah nak kekal...kerana itu lah pakar-pakar x pernah mengesyorkan supaya monyet-monyet ini bercinta.adapun yang kekal dari cinta monyet sehingga masuk ke gerbang perkahwinan sebagai seekor gorila itu amatlah sedikit.
p/s- tiada kena mengena dengan monyet yang hidup ataupun sudah mati.
Sumber Asal:-Soleheen.com
Elements for remote collaboration
3 days ago
0 comments