Tahniah
diucapkan kepada penyanyi yang popular menerusi lagu bunga-bunga
cinta,Misha Omar yang kini berusia 30 tahun telah selamat bertunang
dengan pasangannya Firos Ezzwan Rossly seorang juruterbang Penerbangan
Malaysia (MAS) http://cerciterpanas.blogspot.com
Pasangan
sama umur ini melangsungkan pertunangan dalam satu majlis tertutup di
kediaman keluarga Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan.
Dengan pertunangan ini ianya juga telah menamatkan segala spekulasi mengenai status dirinya yang diperkatakan sebelum ini. http://cerciterpanas.blogspot.com
Misha yang anggun dalam persalinan kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim menerima lima dulang hantaran berbalas lima. http://cerciterpanas.blogspot.com
Misha
bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun menjelaskan
jika tiada aral melintang akan diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung
tahun ini.
“Firos
menepati segala ciri yang saya impikan daripada seorang lelaki. Selain
cinta yang tulus, Firos juga mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, selain
rapat dengan anak angkat saya, Muhammad Adam Emir.
“Hubungan
rapat mereka telah membuka pintu hati saya menerimanya sebagai bakal
suami. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan lelaki yang begitu
memahami perjalanan hidup saya,” katanya kepada mStar Online di sini,
Selasa.
Misha berharap, semua peminat mendoakan impiannya untuk bergelar isteri terlaksana.
“Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita gembira ini dan memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung atas keputusan diambil.
“Saya cuma memenuhi permintaan kedua belah keluarga yang mahukan pertunangan ini dilakukan secara sederhana dan tertutup. http://cerciterpanas.blogspot.com
“Insya-Allah
perkahwinan kami akan dilangsungkan dalam tahun ini juga tetapi
tarikhnya belum ditetapkan lagi,” katanya.
(rujukan petikan berita mstar
online)
so melepaslah pakwe2, abang2 and pakcik2 yg nak kt misha omar ni :D
jgn kacau tunang orang tak baik tau :D
0 comments