Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

09:51 0

KUALA LUMPUR – Pelawak, pelakon, pengacara dan pengarah, Harith Iskander tidak menafikan dia kini seolah-olah ‘gila’ dalam membeli pakaian bayi sebagai persiapan menyambut kelahiran cahayamata pertamanya yang akan lahir pada bulan Mac ini.

Menurut selebriti berusia 46 tahun ini, dia seperti tidak sabar untuk bergelar bapa dan membuat banyak persiapan terutamanya membeli pelbagai barangan keperluan bayi terutamanya pakaian sehingga ia membimbangkan isterinya, Dr. Jezamine Lim Iskander, 28.


“Sekarang ini, kalau saya masuk ke dalam kedai menjual produk barangan bayi, saya akan membeli-belah sampai tidak ingat dunia. Kalau isteri saya tidak mengawal keghairahan saya itu, saya akan membeli sebanyak mungkin pakaian bayi walaupun bilangannya sudah banyak.

“Apatah lagi, barangan bayi sekarang agak mahal. Contohnya, saya pernah lihat kereta sorong bayi harganya ada yang mencecah daripada RM500 hingga RM2,000,” katanya sewaktu ditemui selepas sidang akhbar pementasan Lawak Ker, Der? di Istana Budaya di sini semalam.

Pementasan itu merupakan antara yang terbaru yang akan dijayakannya bersama ramai pelawak seperti kumpulan Osbon, Boboi dan Jozan yang akan diadakan di panggung tersebut pada 3, 4, 5, 10, 11 dan 12 Februari ini dengan tiket berharga daripada RM53 hingga RM353.

Jelas Harith, dia bagaimanapun bersyukur kerana isteri yang dikahwininya pada 12 Jun 2010 itu bijak dalam mendapatkan pelbagai barangan bayi dengan harga yang lebih murah termasuklah membelinya secara online sejak akhir-akhir ini.

“Ada juga isteri saya yang membeli barangan bayi terpakai di mana harganya jauh lebih murah. Sekarang baru saya sedar bahawa keperluan bayi bersifat sementara kerana bayi akan cepat membesar dan selepas itu banyak pakaian yang tidak muat dipakai lagi.

“Jadi, saya berpendapat biarlah persiapan yang dilakukan secara sederhana, apa yang penting bayi itu sihat dan dapat membesar dengan sempurna,” ujarnya yang menjangkakan lelaki adalah jantina bayi yang akan dilahirkan oleh isterinya itu kelak

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button