Assalamualaikum semua, pada hari ni khususnya bagi penduduk Shah Alam dan
sekitarnya mungkin telah sedia maklum dengan ceramah atau kuliyah maghrib bersama Ustaz Azhar Idrus yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam sebentar tadi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor.
Antara yang menariknya, kali ini ceramah atau kuliyahnya bukan sahaja dapat didengari dan di lihat di dalam masjid itu sahaja tetapi kali ini ceramahnya dapat di lihat secara langsung melalui internet (live streaming) dan di katakan jumlah tontonan penonton secara langsung di internet mencecah 34 ribu termasuklah admin sendiri, maklumlah jauh nak ke sana, jadi tengok online pun jadilah.. ekeke
Memang angka yang besar walaupun sebahagian besar rakyat Malaysia menonton siaran langsung Anugerah Juara Lagu di Tv 3. Ucapan tahniah dan pujian patut diberikan kepada penganjur yang sanggup membuat tontonan secara langsung di internet walaupun terdapat gangguan teknikal seketika.
Memang terbaik, jemaah masjid yang datang juga dikatakan lebih kurang 50 ribu orang yang datang memenuhi setiap ruang di dalam masjid tersebut, memang ramai, alhamdulilah..
P/s : alhamdulilah, semoga program seperti ini yang di buat secara langsung dapat diteruskan. InsyaAllah...
0 comments