Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:16 0

PENYERANG import Kelantan, Mohammed Ghaddar tidak mahu dilabelkan sebagai penjaring sepakan penalti saja sebaliknya mahu membuktikan kesungguhannya membantu The Red Warriors memburu lebih banyak gol apabila turun berdepan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, esok.

Penyerang berusia 28 dari Lubnan itu, mengakui mentalitinya berada di tahap terbaik dan tidak mempunyai tekanan untuk membantu Kelantan musim ini, malah yakin dapat menjaringkan gol bagi menyaingi kehebatan ‘ayam tambatan’ rakan sepasukan, Norsharul Idlan Talaha.




Katanya, dia enggan dilabelkan sebagai penyerang yang hanya mampu menjaringkan sepakan penalti malah kehadirannya adalah untuk membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan.

“Saya janji akan menjaringkan gol bukan saja menerusi sepakan penalti. Selepas mengharungi empat perlawanan, saya kini lebih yakin untuk beraksi dalam perlawanan berikutnya.



“Saya datang ke sini untuk membantu Kelantan dan saya perlu menunjukkan kesungguhan selain berusaha keras dan saya harap kerjasama rakan sepasukan akan dapat membantu saya menjaringkan gol lebih banyak,” katanya.



Mohammed Ghaddar setakat ini memiliki dua gol peribadi dan kedua-duanya hasil sepakan penalti ketika menentang kelab Singapura, LionsXII, 10 Januari lalu dan Kedah, 20 Januari lalu.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button