Kejadian seram ini pernah kualami beberapa tahun lalu diflatku di Bukit Batok. Pada malam terjadinya peristiwa itu, kurasakan bahawa keadaan sekitaran begitu sunyi dan tenang. Tiada kedengaran bunyi unggas atau cengkerik..
Aku rasa begitu sukar hendak melelapkan mata walaupun badan terasa letih dan lemah kerana menolong sahabatku berpindah pada siangnya.
Bulam mengambang penuh pada pagi jumaat itu. Tiupan angin sepoi sepoi bahasa yang sesekali bertiup tidak lagi terasa.
Jam di dinding sudah menunjukkan 2.35 pagi, namun aku masih belum melelapkan mata. Ini mungkin kerana cuaca panas atau batuk kering ringan yang aku alami sejak dua hari lalu, fikirku. Batukku berlarutan dan tekakku kerap terasa gatal.
Aku bangun dari katil lantas menuju kejendela untuk berludah melegakan anak tekak. Setibanya dijendela, aku berludah keluar. Pada ketika itu, muncul seekor burung berwarna hitam terbang melintasi
jendela flatku.
Aku yakin ludahku terkena burung yang terbang itu dengan tidak disengajakan. Benda bersayap itu mengeluarkan bunyi yang ngeri lagi menggerunkan seperti binatang buas apabila ia terlanggar sebatang pokok getah muda yang berdekatan lalu rebah.
“Astaghfirullah…,” aku beristighfar oanjang, seolah olah tidak percaya apa yang aku lihat. Seluruh anggotaku terasa seram sejuk akibat terperanjat. Aku tidak berani menjenguk keluar tingkap. Aku kembali kekatil dan memaksa diriku untuk tidur. Akhirnya aku terlelap. Ketika tidur aku bermimpi sesuatu yang mengerikan. Aku didatangi lembaga hodoh.
Kepalanya tak ubah seperti seekor kelawar, bertanduk dua seperti lembu, badannya bersisik dan berekor panjang. Ia juga mempunyai lawi lawi yang tajam dikedua belah sayapnya. Salah satu tanduknya kelihatan luka parah akibat terlanggar sesuatu. Matanya yang merah membara, merenung tajam kearahku dengan penuh kebencian.
Lembaga itu berlegar legar di luar tingkap cermin flatku yang separuh tutup itu. Ian kemudian mencakar cakar cermin itu membuat telingaku terasa nyilu. Lakunya seolah olah ia mahu masuk kedalam rumah. anehnya, apabila aku tersedar darpipada mimpi ngeri itu, aku terhidu bau busuk seperti bau bangkai.
Aku tidak memberitahu anggota keluargaku mengenai peristiwa itu. Selepas inciden itu, aku berjumpa doktor yang kemudian mengesahkan yang aku mengidap demam panas. Doktor memberikan aku suntikan supaya dapat mengurangkan suhu badanku dan menasihatiku agar berehat dan meminum air berlebihan. Namun, penyakitku muncul setiap kali senja menjelang dan ia berlarutan hingga ke subuh.
Hampir seminggu aku meracau mengalami mimpi seram yang berulang ulang itu. Perubahan diriku semakin lama semakin ketara. Aku mengidap demam panas yang berulang ulang. Batukku menjadi jadi dan hidungku sering berdarah. Ini berlaku setiap kali aku didatangi mimpi yang sama.
Keadaanku semakin hari semakin ‘tenat’. Aku dibawa berjumpa beberapa orang doktor, bomoh dan sinseh, namun penyakitku tidak jugak sembuh. Bapaku turut berikhtiar. Beliau membacakan ayat suci al-Quran, berdoa dan memberikan aku minum air zam zam. Alhamdulilah, kesihatan aku beransur ansur pulih seperti sediakala dan aku tidak lagi diggangu oleh lembaga bersayap itu.
0 comments