Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:33 0

SHAH ALAM - Dua kedai buku di Kota Bharu dikenal pasti terbabit dalam aktiviti menawarkan ‘perkhidmatan’ menukar baucar Bantuan Buku 1Malaysia
(BB1M) bernilai RM200, yang diberikan kepada penuntut institusi pengajian tinggi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal menunjukkan kedai buku terbabit bertindak menawarkan penukaran baucar itu dalam bentuk wang tunai kepada pelajar di sekitar daerah tersebut.

“Kertas siasatan berhubung kes ini dibuka mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyeleweng harta dengan curang.

“Selain itu, kegiatan sama turut dilakukan oleh sepasang suami isteri di sebuah universiti di utara tanah air, manakala aktiviti mengiklankan penjualan baucar BB1M itu menerusi internet pula dikesan berlaku di dua lagi unversiti tempatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Majalah Auto Maskulin sempena Karnival Buku Karangkraf 2012 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua penuntut termasuk pihak yang bersubahat diingatkan agar tidak menjalankan kegiatan haram itu kerana jika didapati bersalah, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Penerima baucar serta pihak yang terbabit perlu ingat baucar yang diberikan adalah untuk meringankan beban kewangan pelajar. Jangan ambil kesempatan dan menyalahgunakan kemudahan yang diberikan,” katanya.

Sebelum ini polis menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang menjual baucar BR1M untuk mendapatkan wang tunai, ekoran terdapat beberapa laporan berhubung tindakan segelintir penuntut menjual atau melelong baucar itu menerusi internet pada harga lebih murah.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button