Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:18 0

SELANGOR tidak lagi boleh terus tercicir mata seandainya mahu mengejar pasukan teratas dan mencabar kejuaraan Liga Super musim ini.

Situasi itu menyebabkan skuad kendalian jurulatih Irfan Bakti Abu Salim tidak mempunyai pilihan selain meraih tiga mata apabilaberkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menentang T-Team, malam esok.



“Kami perlu segera bangkit dan meraih kemenangan supaya tidak terus tercicir mata dan ditinggalkan pasukan lain,” kata pemain pertahanan tengah Merah Kuning, Mohd Asraruddin Putra Omar yang turut mengakui lawan bukanlah semudah yang disangka terutamanya selepas kelab dari Terengganu itu menang dalam empat pertemuan musim lalu.


Selangor kehilangan lima mata dalam dua perlawanan terakhir apabila tewas mengejut 0-1 kepada Felda United diikuti terikat tanpa jaringan dengan Sarawak sekali gus menyebabkan mereka berada di pertengahan Liga Super dengan mengumpul lima mata selepas empat kali beraksi.



Mengenai posisi barunya itu, Mohd Asraruddin yang beraksi sebagai pertahanan kini pada musim lalu turut mengakui semakin selesa untuk membentuk gandingan yang ampuh bersama pemain import dari Lubnan, Ramez Dayoub.



“Banyak yang saya belajar apabila beraksi bersama dia. Walaupun begitu, saya tidak boleh terlalu selesa kerana kami baru beraksi empat perlawanan musim ini dan masih ada ruang kelemahan yang boleh diperbaiki,” kata pemain berusia 24 tahun itu.


Pada musim ini Selangor mensasarkan sekurang-kurangnya satu kejuaraan berjaya diraih selepas gagal menjulang sebarang piala musim lalu.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button