KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2012: Penyanyi, Mawi atau Asmawi Ani mengesahkan isterinya, Ekin atau Norashikin Rahmat bakal melahirkan cahaya mata sulungya pada penghujung bulan Februari ini.
Malah Mawi memberitahu kepada portal murai.com.my, usia kandungan isterinya sudah memasuki sembilan bulan dan bakal melahirkan cahaya matanya di Hospital An-Nur, Bangi.
"Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan.
"Malah, Ekin akan dijaga rapi oleh ibunya di rumah kami sehingga dia selesai berpantang nanti.
"Terus-terang, saya sangat teruja untuk menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga kami, walaupun saya dan Ekin sebenarnya sangat gementar untuk melalui saat melahirkan bayi pertama kami," luah Mawi.
Bercerita lebih lanjut mengenai keadaan isterinya tu, Mawi memberitahu dia sentiasa akan berjaga malam demi untuk menemani isterinya yang sukar tidur pada waktu malam.
"Kandungan Ekin kini sudah sarat dan disebabkan itu juga dia sukar untuk tidur pada waktu malam.
"Jadi bila malam, saya akan teman dan menunggunya dari jam 12 malam sehingga 3 pagi.
"Ekin akan mengambil masa untuk membetulkan posisi tidurnya kerana kandungannya sudah semakin membesar.
0 comments