Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:16 0

SELEPAS mencatat empat kemenangan berturut-turut ke atas Selangor dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu, T-Team sekali lagi bertekad mencalar ego skuad itu apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.

Reputasi Selangor yang gah dengan rekod kemenangan Piala Malaysia sebanyak 32 kali sedikitpun tidak menghadirkan gerun buat anak buah Yunus Alif sebaliknya skuad berstatus kelab itu sudah bersedia meneruskan rentak kemenangan.



Kapten T-Team, Zairo Anuar Zailani berkata, biarpun sedar barisannya bakal mendapat tentangan sengit, semangat mereka untuk melebar rekod kemenangan dan seterusnya mengintai peluang berada di tangga teratas liga sangat tinggi.


Menurutnya, kekecewaan tewas kepada Terengganu, Sabtu lalu yang menyebabkan mereka turun ke tangga keempat liga menyedarkan dia dan rakan sepasukan untuk kembali bangkit daripada kekalahan dan seterusnya mencatat kemenangan ke atas skuad Merah Kuning itu.



“T-Team bermula dengan baik pada awal saingan dengan kejayaan membanggakan selepas menundukkan Kuala Lumpur dan Kedah sebelum seri dengan Sabah. Rentak cemerlang itu diharap dapat dikekalkan ketika bertemu Selangor.



“Selain itu kejayaan juga penting bagi menaikkan semula semangat pemain supaya dapat memperagakan aksi terbaik dalam mengharungi perlawanan seterusnya yang lebih mencabar,” katanya.


Sementara itu jurulatih pasukan, Yunus Alif yang kecewa dengan kekalahan pertama dalam kancah liga musim ini apabila tunduk kepada Terengganu menuntut pemainnya bekerja lebih keras untuk mengutip mata penuh di laman sendiri.



“Saya sudah melaungkan amaran kepada semua pemain termasuk tonggak import, Zacharia Simukonda dengan memberitahu mereka pemain yang tidak mempamerkan aksi terbaik bakal berada di bangku simpanan,” katanya.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button