Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:15 0

PEMENANG Olimpik Atlanta, Rexy Mainaky tidak memandang China sebagai ancaman kepada skuad Piala Uber negara sebaliknya pasukan lain seperti Jepun, Thailand, Taiwan dan India.

Dengan senarai pasukan pilihan dijangka dikeluarkan hari ini, Rexy mahu peminat sukan badminton tanah air lebih realistik dengan bakat terhad yang ada dalam kem wanita negara.



“Saya hanya jurulatih beregu wanita dan saya rasa kita ada dua beregu kuat yang mampu menghadiahkan mata tapi kita perlu sedar berdasarkan ranking perseorangan wanita, pemain kita jauh ke belakang,” kata Rexy.

Katanya, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui dan Woon Khe Wei-Vivian Hoo mampu menyumbang mata buat pasukan negara sambil mengharapkan satu mata daripada perseorangan yang ketika ini tampak mustahil.





“Pei Tty semakin pulih dan dia bersama Eei Hui boleh diharap meraih mata jika kita berdepan Taiwan kerana mempunyai rekod baik ke atas pasangan utama negara itu.



“Jika berdepan Jepun pula, saya mungkin menurunkan Khe Wei-Vivian sebagai perseorangan utama kerana mereka ini boleh bersabar dan bermain rali. Mereka masih muda, andai mengikut perancangan dan strategi mereka boleh menang.


“Jika Khe Wei-Vivian diturunkan sebagai beregu utama, Goh Liu Ying-Lim Yin Loo masih mampu menghadiahkan mata.” Keyakinan Rexy terhadap Liu Ying-Yin Loo itu berasaskan pencapaian mereka layak ke suku akhir GP Emas Terbuka India Disember lalu.



Sementara itu, ketua jurulatih beregu lelaki Tan Kim Her mengesahkan Koo Kien Keat tidak hadir latihan hari pertama selepas cuti Tahun Baru Cina kerana berdepan masalah peribadi.


“Kien Keat tidak hadir kerana bapa saudaranya jatuh pengsan di Perak. Jadi dia meminta pelepasan,” kata Kim Her.



“Saya faham masalah Kien Keat dan dia akan tiba malam ini (malam tadi) dan akan menyertai latihan esok (hari ini).” Selain Kien Keat, Tan Wee Kiong juga terlepas latihan hari pertama kerana masih berada di Sibu, Sarawak dan tiada tiket untuk pulang ke Semenanjung.



Justeru semua pemain tidak akan diberi cuti hujung minggu, Sabtu dan Ahad sebagai ganti kepada cuti panjang sambutan Tahun Baru Cina.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button