Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

19:02 0



Mungkin ramai yang dah tahu laman web perkongsian fail terbesar Megaupload buat masa ini telah ditutup dengan rasminya. Beliau (Kim Dotcom) serta beberapa orang eksekutifnya di tahan kerana terlibat dengan kes perlanggaran hak cipta!



Mungkin ini la jalan hidupnya yang ditakdirkan, nama sebenar Kim Dotcom ini ialah Kim Schmitz yang di lahirkan di Kiel, Jerman, Antara nama lain beliau juga ialah Kimble dan Kim Tim Jim Vestor dan pada 10 tahun yang lalu beliau telah menukarkan namanya kepada Kim Dotcom.





Selain itu, Kim Dotcom ni memang hebat dalam aktiviti permainan video, beliau pernah menempatkan dirinya di kolompok 3 terbaik dalam permainan video dalam talian, antaranya permainan Call of Duty, Modern Warfare 3. Kim ni menggunakan nama samaran MEGARACER dalam permainan video yang dimainkan 15 juta orang itu.






Kim DOtcom pernah dipenjarakan selama 2 tahun pada tahun 2008 di Jerman kerana disabitkan kesalah menggodam internet. Selepas keluar dari penjara beliau terus bangkit dan menubuhkan sebuah firma keselamatan komputer yang sah dan menjualnya untuk menjadi seorang yang kaya raya.



Selepas kejayaan dan kekayaan yang dicipta, beliau menubuhkan satu laman web Megaupload.com yakni sebuah laman web yang pada asalnya dicipta sebagai penyimpan dan perkongsian fail bersaiz besar dan maklumat kepada pengguna dalam talian, sebagai contoh seperti lagu, video klip, filem dan fail-fail digital. Ramai juga artis antarabangsa yang menyokong perniagaan itu walaupun pada hakikatnya perniagaan itu memang diketahui melanggar hak cipta.



Lama kelamaan perniagaannya bertambah besar dah secara tidak langsung Kim dotcom turut memberikan galakan kepada penonton atau pengguna untuk memuat naik filem dan rancangan televisyen berepisod penuh di laman web Megaporn.com dan Megavideo.com secara percuma.






Memang kaya dan hidup dalam kemewahan, Beliau dikatakan mempunyai 18 buah kereta mewah perlbagai jenama dan antara nombor pendaftaran keretanya yang dibeli khas ialah seperti HACKER, MAFIA, GUILTY, GOD, V, KIM COM, CEO, POLICE dan STONED. Woo, memang kenalah dengn kekayaan dia.



Berdasarkan Biro Penyiasatan Pusat (FBI), pendapatan Kim Dotcom dianggarkan sebanyak AS$115,000 (RM349,715) diperoleh setiap hari, memang mewah! Selain itu Dotcom juga telah didakwa kerana telah terlibat dalam sebuah skim yang memberinya kekayaan lebih AS$175 juta (RM532 juta) dalam beberapa tahun dengan cara menyalin dan mengedar muzik, filem dan kandungan dengan hak cipta tanpa kebenaran.






Tapi sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, pada 19 januari 2012.. laman web rasminya megaupload.com telah ditutup secara rasmi oleh FBI dan keesokkan harinya Kim dotcom ditahan bersama 2 orang rakannya kerana kesalahan itu.



Kesian, sehingga tarikh ini beliau masih lagi ditahan di penjara Di New Zealand sehingga menunggu hari perbicaraan!

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button