Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:27 0

PENGAMBILALIHAN Proton Holdings Bhd oleh DRB-Hicom dilihat dapat menyelesaikan masalah penggunaan kapasiti dalam industri automotif di negara ini.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pada masa ini penggunaan kapasiti negara adalah 50 peratus dan menerusi pemilikan oleh DRB-Hicom itu ia dijangka dapat meningkatkan pengeluaran yang setakat ini masih kurang berbanding kapasiti sedia ada.




Menurutnya, DRB-Hicom memang mempunyai kepakaran dalam bidang automotif dan menjadikannya layak dipilih untuk mengambil alih Proton, sekali gus meningkatkan penggunaan kapasiti mereka.


“Isu utama yang dihadapi oleh industri adalah penggunaan kapasiti dan saya berharap dengan pengalaman DRB-Hicom dalam industri automotif ini ia mampu menjadikan industri ini lebih cekap terutama dari segi eksport,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan kakitangan Miti di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Timbalan Miti, Datuk Mukhriz Mahathir.




Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa nasib vendor Proton juga tidak akan terjejas berikutan pengambilalihan terbabit kerana kebajikan pekerja juga perlu dititikberatkan.




“Mengenai perkara ini, kami akan pastikan kepentingan vendor dan pekerja dijaga sebaiknya, malah jumlah vendor juga sekarang sudah berkurangan. Paling penting kami akan berbincang dengan pihak DRB-Hicom bagi membincangkannya lebih lanjut.



“Kita akan berjumpa mereka dalam tempoh terdekat ini dan kami percaya Proton akan menjadi lebih kompetitif selepas ini,” katanya.




Sementara itu, beliau turut menyatakan Miti akan memberi tumpuan kepada beberapa pasaran luar antaranya China, Korea dan Jepun tahun ini berikutan potensi dagangan yang ditunjukkan negara terbabit.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button