Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:26 0

BMW Group Malaysia, pengedar kereta BMW, Mini dan motosikal BMW menjangkakan jualan kenderaannya pada tahun ini mampu melepasi catatan jualan tahun lalu dengan bersandarkan kepada pengenalan model baru BMW 3 Siri yang akan dilancarkan Mac ini.


Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe berkata, syarikat mencatatkan rekod prestasi tahun lalu dengan peningkatan jualan sebanyak 24 peratus iaitu 5,604 unit membabitkan 5,003 kereta BMW, Mini (301) dan 300 buah motosikal menerusi BMW Motorrad Malaysia. “Tahun lalu menandakan tahun kesembilan pertumbuhan positif yang berterusan untuk BMW Group Malaysia menerusi inovasi BMW EfficientDynamics serta BMW ConnectedDrive dan yakin dapat mencapai kemajuan lebih tinggi pada tahun ini,” katanya pada majlis pelancaran kereta konsep BMW Vision EfficientDynamics oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.




Beliau berkata, pihaknya menjangkakan model baru BMW 3 Siri yang akan diperkenalkan Mac nanti mampu melonjakkan jualan BMW di negara ini kerana dianggap model yang mencatatkan jualan paling tinggi dalam barisan model kereta BMW ketika ini.


Katanya, dalam tempoh tiga tahun selepas BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW EfficientDynamics ke pasaran menerusi model enjin diesel termaju iaitu BMW 3Siri, 5Siri, 7Siri, BMW X1, X3 dan X5, pengeluar kereta premium itu menyaksikan 15 hingga 20 peratus jualan terdiri daripada model enjin diesel.




“Enjin diesel termaju mampu mengurangkan 30 peratus penggunaan minyak pada masa sama mencapai 20 peratus lebih kuasa kuda dan sehingga 70 peratus pecutan lebih baik selain mengurangkan 25 peratus pengeluaran karbon dioksida berbanding enjin petrol,” katanya.




Mengenai kereta konsep BMW yang dipamerkan kepada umum sehingga 22 Januari ini, Briscoe berkata kereta canggih itu dijana enjin 3 silinder diesel turbo dengan dua motor elektrik mampu menghasilkan tujahan kuasa 262 kW/356 hp dan kuasa tork 800 Nm.



Katanya, kereta sports itu yang berkonsepkan hibrid plag masuk yang digabungkan dengan sistem pacuan elektrik adalah pelopor kepada rangkaian kenderaan elektrik BMW milik BMW Group yang bakal diperkenalkan pada tahun depan.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button