Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:26 0

KHAZANAH Nasional Bhd (Khazanah) mempamerkan prestasi kewangan menakjubkan apabila merekod keuntungan sebelum cukai sebanyak RM5.3 bilion bagi 2011, meningkat 156.3 peratus berbanding RM2.1 bilion yang diraih pada 2010.


Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, pencapaian itu membolehkan Khazanah mengumumkan dividen dengan rekod bayaran sebanyak RM3 bilion untuk tahun kewangan berkenaan.




Katanya, prestasi membanggakan berkenaan didorong langkah pemberhentian pelaburan strategik yang diambil, khususnya membabitkan penswastaan Plus Expressways dalam tahun kewangan itu.


“Khazanah membuat 13 pelaburan semuanya yang mencecah RM5.8 bilion dan lapan pemberhentian pelaburan yang membawa masuk RM7.7 bilion sekali gus menjana RM2 bilion pada 2011.




“Secara keseluruhannya, antara 2004 hingga 2011, Khazanah membuat 89 pelaburan bernilai RM45.5 bilion dan 45 pemberhentian pelaburan bernilai RM31.7 bilion yang membawa masuk RM13.6 bilion,” katanya pada sidang media sempena tinjauan semula tahunan Khazanah kelapan di Kuala Lumpur, semalam.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button