Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:25 0

MALAYSIA Building Society Berhad (MBSB) memperuntukkan RM8 bilion bagi segmen pinjaman peribadi sepanjang tahun ini berbanding RM6.6 bilion yang dicatatkan tahun lalu.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Zaini Othman berkata, peruntukan itu diyakini dapat dicapai khususnya selepas memperkenalkan dua produk baru pembiayaan peribadi Islamnya iaitu MBSB Max-I dan MBSB Xchange-I.




“Kami yakin ia dapat dicapai khususnya dengan pengenalan dua produk pembiayaan peribadi baru ini dan menyasarkan 80 peratus daripada jumlah peruntukan disumbangkan dua produk berkenaan,” katanya selepas majlis pelancaran yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, produk pembiayaan peribadi baru dilancarkan itu dijangka memberi faedah jangka panjang kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baru.




“Kakitangan awam adalah pelanggan utama MBSB, namun untuk produk terbaru ini kami turut memberi ruang kepada pelanggan lain terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat berkaitan kerajaan negeri serta institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.




“Malah, kami menjangkakan ia terus mendapat sambutan menggalakkan pelanggan berikutan kadar faedah lebih rendah ditawarkan berbanding institusi kewangan lain,” katanya.



Ahmad Zaini berkata, MBSB Xchange-I menawarkan pelanggan kadar faedah 4.3 peratus setahun dengan tempoh pembiayaan 20 tahun.




“Produk ini sesuai untuk pelanggan yang pernah membuat pembiayaan peribadi dengan institusi kewangan lain pada kadar faedah tinggi,” katanya.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button