Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:13 0

KEPUTUSAN AirAsia X menggantung empat laluan antarabangsanya yang mengalami kerugian adalah semata-mata keputusan perniagaan dan perlu dilihat sebagai satu yang positif.


Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes berkata, tuduhan bahawa langkah syarikat sekutu AirAsia menghentikan laluan Kuala Lumpur - Mumbai, New Delhi, Paris dan London adalah usaha bertolak ansur dan mewujudkan strategi perniagaan dengan Malaysia Airlines (MAS) adalah sama sekali tidak benar dan ‘menjengkelkan’.




“Azran Osman Rani (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X) membuat keputusan perniagaan. Kami adalah yang pertama memperkenalkan model penerbangan jarak jauh tambang rendah dan kini Singapura mengikut jejak kami. “Beliau mendapati bahawa keuntungan terbaik ialah untuk menyediakan laluan empat hingga lapan jam, dengan satu jenis enjin dan pesawat, iaitu Airbus 330. Jadi, ini tidak ada kena mengenai dengan MAS atau AirAsia,” katanya. - Bernama






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button