Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:12 0

PENYELARASAN kadar premium tarif motor akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun bermula 16 Januari 2012 iaitu pelarasan kali pertama dibuat berikutan kadar premium itu tidak pernah dikaji semula dalam masa lebih 30 tahun lalu.


Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, pelarasan premium itu adalah dalam jumlah kecil dan ia diselaraskan kerana bilangan pemilik kenderaan, kadar kemalangan dan tuntutan insurans di Malaysia didapati telah meningkat dengan nyata selain kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos alat ganti membaiki kenderaan.




Bagi perlindungan pihak ketiga, motosikal yang berkapasiti 110cc akan mengalami kenaikan premium antara RM1 hingga RM3.50 setahun (maksimum 30 sen sebulan) dalam jangka masa empat tahun. “Bagi kereta persendirian yang berkapasiti 1,400cc, pelarasan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setahun (maksimum RM2.80 sebulan) bagi jangka masa yang sama,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, bagi kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas, kesan daripada pelarasan premium terhadap penumpang adalah kecil, kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang dan setiap perjalanan.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button